Medical Card - AIA Public Takaful

TENTANG SAYA
Shana Ashar
As Salam..
​
Saya Shana Ashar. Seorang Takaful Life Planner (Premier Consultant) di bawah Agensi KL Ejaaz.
​
Setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) saya memulakan 'alam pekerjaan' saya dengan bekerja sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di beberapa buah bank. Dari kad kredit ke pinjaman peribadi dan kemudian ke mortgage. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tukar angin ke satu jawatan yang bukan dalam bidang sales. Teringin nak rasa macam mana suasana duduk dalam pejabat, masuk kerja pagi dan balik petang tanpa perlu fikir target sales. Akhirnya.. setelah hampir tiga tahun, saya rimas! Mungkin memang tiada jodoh antara saya dan HR Executive. Duduk seharia di pejabat memang bukan sesuatu yang saya cari.
​
"Turning Point"
​
Pada tahun 2016 saya mengambil keputusan untuk memduduki peperiksaan 'Takaful Basic Examination' (TBE) sebagai permulaan kerjaya sebagai seorang Life Planner di AIA Public Takaful. Dengan bantuan Unit Manager (UM) Eja dan leader-leader lain seperti Founder dan Co-Founder di Izz Group (Iskandar & Ninie) akhirnya kini sudah setahun saya di sini.
​
Ya! ia bukanlah satu perjalanan yang mudah. Sales skill yang dah berkarat terpaksa dipolish semula. Tambahan dengan ilmu takaful yang masih belum penuh di dada. Namun, saya anggap itu semua sebagai satu proses untuk saya terus maju dalam bidang ini.
​
Masih banyak yang perlu saya pelajari dan semoga dengan adanya sokongan dari anda semua yang sedang membaca ruangan ini, saya akan terus maju dan dapat membantu lebih ramai masyarakat di luar sana akan kepentingan dan keperluan takaful.
​
Much Love,
Your future life planner.
Shana Ashar
​
