Medical Card - AIA Public Takaful
Hibah
Kehidupan memang penuh dengan perkara yang tidak diduga. Lindungi ahli keluarga dan orang yang tersayang dengan pemberian hibah sebagai persediaan sekiranya anda tidak lagi dapat bersama mereka pada hari esok.

Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh kekal, keluarga anda akan menerima 100% dari jumlah dilindungi atau nilai akaun, yang mana lebih tinggi. Untuk kematian akibat kemalangan atau kematian ketika anda sedang menjalankan ibadah Haji atau Umrah, keluarga anda akan menerima 200% dari jumlah dilindungi atau nilai akaun, yang mana lebih tinggi. Sememangnya tiada apa yang boleh menggantikan orang tersayang yang pergi buat selama-lamanya, tetapi sekurang-kurangnya jumlah bayaran yang disediakan akan membolehkan pasangan dan anak-anak anda mengekalkan gaya hidup semasa dan berusaha mencapai impian dan cita-cita mereka.

PERLINDUNGAN GAYA HIDUP UNTUK KELUARGA ANDA
Pelan ini menyediakan keluarga anda dengan bayaran sekali gus sebanyak 100% daripada jumlah yang anda dilindungi jika anda meninggal dunia atau disahkan menghidap kecacatan kekal dan menyeluruh (TPD).

PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK KEMALANGAN ATAU SEMASA HAJI DAN UMRAH
AIA Public Takaful akan membayar 200% jumlah perlindungan sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan.
ATAU
Keluarga anda akan menerima bayaran sekali gus sebanyak 200% daripada jumlah yang anda dilindungi jika anda meninggal dunia semasa menunaikan Haji atau Umrah.

PERLINDUNGAN 300% UNTUK KEMALANGAN DALAM PENGANGKUTAN AWAM
AIA Public Takaful akan membayar 300% amaun perlindungan kepada keluarga anda jika berlaku kematian disebabkan kemalangan yang berlaku dalam pengangkutan awam.

BONUS MATANG
Apabila anda sampai ke akhir tempoh perlindungan anda, AIA Public Takaful akan membayar anda 100% daripada nilai akaun anda, berserta dengan tambahan 20%, untuk menandakan akhir tempoh sijil anda.

PILIHAN PERLINDUNGAN DAN TERMA PEMBAYARAN
Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh pembayaran dan perlindungan, bergantung kepada komitmen dan aspirasi kewangan anda untuk yang tersayang.

TIADA PEMERIKSAAN PERUBATAN DIPERLUKAN
Anda tidak akan perlu melalui pemeriksaan perubatan jika jumlah perlindungan anda tidak melebihi RM1.5 juta.
