Medikal Kad Bukannya Pelan Pelaburan tetapi Pelan Perlindungan (Protection).
- Shana Ashar
- Mar 16, 2017
- 2 min read

"Apa saya dapat kalau saya ambil pelan medical card terbaik ni?"
"Kalau saya tak buat apa-apa claim, saya dapat duit balik tak?"
Sering saya diajukan soalan ini oleh oleh client atau bakal client saya. Di sini saya ingin maklumkan bahawa apa-apa pelan medical card / medikal kad, tiada sebarang cash value akan diperolehi.
Saya ingin kongsikan di sini bahawa:
Medikal Kad bertujuan untuk proses rawatan kemasukan ke hospital sahaja. Ini bermakna, jika anda ditakdirkan sakit dan masuk wad, pihak syarikat Takaful akan menanggung kos rawatan. Tertakhluk kepada waiting period dan penyakit. Kalau dah ada penyakit baru nak apply medikal kad, confirm tak cover.
Medikal Kad Standalone tiada sebarang pelaburan. Nak paling murah tapi nak savings banyak dan sebagainya memang tak dapat. Kalau nak ada savings , boleh apply pelan A lifellink-i dan tambah medikal kad sebagai rider.
Kalau saya tak sakit ada dapat pape ke? Tujuan ambil pelan takaful dan medikal kad adalah untuk perlindungan jika berlaku perkara tidak diingini. Kalau tak sakit, anda patut bersyukur. Kita lihat pula kepada konsep takaful itu sendiri di mana ia berasaskan prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Secara tak langsung, kita dah menderma kepada mereka yang memerlukan. So ini BONUS!
Kenapa harga meningkat? Semua pelan medikal kad standalone atau medikal kad rider, harga tetap meningkat. Bezanya kalau standalone, bayaran peningkatan dari poket anda. Dalam investment link, tolak dari account value anda. Kan sama tu? Cuma kalau ambil medical card sebagai rider ni, tak la anda rasa beza harga tu.. sebab tak keluar dari poket anda kan.
Saya harap penjelasan ini jelas dan dapat membantu anda di luar sana faham akan beza medical card standalone dan rider. Sekiranya masih samar-samar, boleh contact saya untuk penjelasan lanjut.
Comments