Sediakan Payung Sebelum Hujan
- Shana Ashar
- Aug 16, 2016
- 2 min read

Ada apa dengan Payung?
Payung memang sangat sinonim dengan Pelan Perlindungan Takaful. Mungkin kerana fungsi payung itu sendiri yang digunakan untuk melindungi kita dari basah terkena air hujan. Ya..mungkin ada terkena tempias, tapi tak la basah kuyup kan..
Akan tetapi.. Bukan hari-hari hujan. Kadang-kadang berminggu-minggu tak hujan. Ada ketika sebulan tak hujan. So kita pun simpan je payung kita tu. Lama tak guna sampai kita pun lupa warna payung kita, atau corak yang ada kat payung tu. Yang kita tau, kita ada payung. Yang paling tak seronok,kita tak perasan yang payung tu dah rosak / bocor. Maklumlah, dah lama tak guna. Bila dah hujan lebat, baru tau sebenarnya payung kita tu dah tak berfungsi dengan baik, tak dapat melindungi kita dari hujan.
Macam tu juga lah dengan Pelan Perlindungan Takaful...
Ada orang dah ada kesedaran tentang kepentingan takaful dari peringkat awal. Alhamdulillah.. bagus dia ni. Mula kerja je, terus "enroll" satu polisi untuk diri sendiri. Dah lebih 20 tahun simpan polisi tu, tersimpan rapi dalam rak buku. Tak pernah buka, tak pernah semak (mungkin sekali je masa agen nak serah polisi tu kat dia dulu)
Saya pasti jika hari ini saya tanya dia tentang policy tu dia tak ingat apa pelan yang dia ambil dulu. Berapa jumlah perlindungan? Berapa limit tahunan medikal kad dia? Ada ko-takaful ke tidak? Ini semua adalah perkara NORMAL. Sangat biasa terjadi kepada sesiapa pun. Dalam 10 client yang saya pernah jumpa, adalah 2 orang yang ingat betul-betul apa yang terkandung dalam pelan takaful dia.
Cuba anda bayangkan..
Apa akan jadi jika pelan perlindungan takaful yang anda ada sekarang sudah tak relavan? Bukan kah sama macam anda menyimpan payung yang bocor?
Jom semak / review semula pelan perlindungan takaful anda. Hubungi saya hari ini, saya sedia membantu anda.
Jangan bimbang, consultation untuk review polisi ni PERCUMA jer..
"Payung tidak mampu memberhentikan HUJAN tetapi dengan payung kita mampu berdiri di dalam hujan tanpa BASAH. Begitu juga dengan KEYAKINAN mungkin tidak membawa KEJAYAAN tetapi ia mampu memberi kita KEKUATAN untuk menghadapi cabaran. TAKAFUL tidak menjadikan anda KAYA tetapi mampu mengelakkan anda/isteri/suami/anak/keluarga hidup menderita jika ditimpa musibah tanpa keadaan bersedia"
Kommentit